JULAI 2022

Dunia Iktiraf Ketelusan Sarawak - Awang Tengah


LAWAS: Ketelusan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kecekapan pengurusan tanah telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg akan berangkat ke San Diego, Amerika Syarikat bagi menerima anugerah Geoinnovation Awards (GIS) pada 11 Julai ini.

Ini adalah satu pencapaian yang membanggakan Sarawak dan sebagai bukti Sarawak bukan jaguh kampung, katanya merasmikan Majlis Penutupan Gawai Peringkat Daerah Lawas di sini.

"Sarawak bukan lagi jaguh kampung, Sarawak sudah diiktiraf dunia," katanya.

Beliau menambah, melalui keyakinan diri, kesungguhan dan kerjasama yang kukuh, Sarawak mampu menerokai berbagai sumber alamnya untuk menambah pendapatan ekonomi.

Justeru, beliau mahu momentum kejayaan itu diteruskan dalam berbagai bidang yang diterokai Sarawak.

Namun demikian segala usaha itu tidak akan berjaya jika rakyat tidak bersatupadu dan bekerjasama dengan Kerajaan GPS.

Beliau dan Abang Johari juga akan menghadiri beberapa siri persidangan antarabangsa di Eropah yang membabitkan teknologi tenaga hijau dan aktiviti pelaburan yang ditawarkan kepada pelabur antarabangsa.

Sumber dari : Jiwa Bakti